Want your
own Fotopage?






 
lensa anajin

By: ajin azali

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 20-Dec-2007 09:34 Email | Share | Bookmark
Cerita Foto | Qurban

Bahagian Pertama
Hari ni hari Raya Qurban, selesai menunaikan solat sunat aidiladha, selesai bersalaman dgn ibu bapa mertua, aku mencapai lensa aku utk merakamkan upacara qurban disurau au2 berdekatan dgn rumah keluarga mertua. Tujuh ekor lembu korban akan disembelih dan sebahagian dari korban adalah aqiqah utk putera aku King Umarizz Darwisy.

Ketika aku bergerak kesurau, perkarangannya lengang, aku pun mengambil kesempatan utk memulakan operasi cerita foto aku ini.



Kelihatan 7 ekor lembu yang telah ditambat. Sayu seketika melihat lembu lembu ini. Nyawanya akan diambil oleh tukang sembelih untuk djadikan korban. Ia juga pengajaran pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s. yang diperintahkan Allah untuk menyembelih
anaknya Nabi Ismail a.s.



Ini membuktikan bahawa dalam urusan agama perlu ada pengorbanan, sama ada masa, harta, idea, tenaga dan sebagainya bagi kesinambungan Islam, tanpa berkorban untuk agama, Islam tidak akan berada di puncak jaya seperti yang dilakukan oleh baginda Rasulullah, para Sahabat dan tokoh-tokoh Islam.



Dalam masa aku merakamkan detik detik akhir lembu yang bakal disembelih ini, banyak perkara seperti rakaman video yang dilajukan hinggap dikepala. Perasaan pertama kali aku sendiri menyembelih lembu dikampung aku di Johor menyerang jiwa dan sanubari aku.



Lembu lembu ini seakan berkata kata agar melepaskannya. Dari alis mata dan riak gerinya aku dapat merasakan. Airmata setitis jatuh kepipi. Mungkin itulah perasaan Nabi Ibrahim a.s.



Kekadang dalam perjalanan kita mengharungi hari hari, tanpa kita sedar kita juga telah berkorban. Pengorbanan kepada kerja, rakan, keluarga, majikan, sahabat, isteri, anak dan ibu bapa. Tetapi kita cepat leka dan alpa utk mensyukuri nikmat yang diberi dan itu yang menyebabkan kita selalu berkorban tanpa memperolehi ganjaran dari Allah SWT dan keredhaannya.

Bahagian Kedua
Ketika ini kumpulan yang telah dibahagikan telah pun tiba, iaitu kumpulan penyembelihan dibahagi tujuh kumpulan. Bahagian Aqiqah Putera aku adalah lembu yang pertama, dengan itu aku dan lensa akan hanya tertumpu dilembu ini. Setelah semuanya bersedia, tukang tambat ala koboi memulakan kerja.



Pakcik nie adalah yang terawal selepas aku, aku sempat berbual dengannya dan bertanyakan adakah lembu yang ditambat ini menbikut turutan dan adakah tidak sukar utk menambat kaki lembu jika tidak ditutup kepalanya. Dia banyak tersenyum sambil mengiakan kata kata aku, sesekali terpancar kata kata hikmat dari mulutnya. Aku simpan sebagai kompas hidup aku.





Bersama pembantunya, pakcik tadi berjaya mendapatkan kepala lembu tadi dan mereka menambat tali tadi di pohon kelapa berdekatan. Tika ni, sudah penuh juga perkarangan surau.



Setelah kepala dpt, seterusnya kaki menjadi tumpuan, pada pendapat aku yang mana telah banyak juga pengalaman aku membantu majlis korban serta satu penyembelihan yang aku lakukan sendiri dimasjid dikampung aku, prosedur dan cara yang digunapakai oleh pakcik dan rakan rakannya ini patut diubah sejajar dgn kemajuan yang ada dinegara kita, kerana apa aku berkata sedemikian, ialah kerana aku melihat tiada keselamatan yang diambil kira ketika melakukan sessi menambat ini. Katakanlah, lembu tadi naik minyak,mahu dijetspark pakcik tadi ketepi. Ini pengalaman ni nak diceritakan. tapi alhamdulilliah semuanya selamat. Pakcik ni semua pakar dalam kerja mereka.





Lembu pun tumbang dan mulalah tukang sembelih memanggil tuan empunya korban dan aqiqah utk menyerahkan tugas penyembelihan. Aku terkenang kembali masa dibukit pertama kali aku melakukan upacara korban. Dan keinginan menyembelihan korban aku sendiri. Aku sudah rasa perasaannya.



Tidak terkata perasaan ketika menyembelih itu, tapi ketika darah panas lembu menyirami tangan, ketika itu laungan Allah Hu Akbar berkumandang, terasa seperti pahlawan pula dan kalau berlaku rusuhan ketika itu. Demi Allah, dia saja yang tahu apa akan jadi, aku pula hanya berserah.



Ade juga kata kata dari ahli jemaah yang hingap ke telinga, mengatakan dialog seperti ini...
"Haji, tu parang warisan ke, 13 mei punya ke, saya bawa yang Kg Medan punya je, x lahir lagi tahun tu." Dialog gurauan agaknya. Aku senyum dan menyapa melihat pakcik tadi mengasah parang kg medan yang dikatakannya.



Bahagian Ketiga
Selesai mengasah, riak dan pergerakan lembu tadi nampak berserah nasibnya kepada penciptanya.



Tukang sembelih seperti sengaja menguatkan lagaan pisaunya dgn batu asahan. Seperti merelakan penyembelihan, sang lembu pula seakan redha dgn apa yang berlaku kepada dirinya.



Sambil tu,aku terlihat Putera aku King Umarizz Darwisy bersama Ibunda dan Abangnya duduk ditepi beranda surau melihat lembu yang bakal disembelih.



Sewaktu masuk saja masa untuk penyembelihan, Ustaz yang mana aku telah serahkan bahagian aqiqah putera aku terus berdiri sambil mulutnya kumat kamit membaca doa dan melihat kertas ditangannya. Tangan yang sebelah lagi memegang parang penyembelihan.







Allah Hu Akbar, Allah Hu Akbar, Allah Hu Akbar...Tiga kali suara menyeru kebesaran Allah SWT sambil tangan menarik kulit dileher lembu yang bakal disembelih. Tangan yang memegang parang tadi dengan halus terus menghiris leher lembu tadi sehingga putus urat utama dan tersemburlah darah menyirami bumi hijau. sedikit semburan mengenai kaki aku.











Nyawa yang diberikan Allah swt haruslah dihargai.Putuslah sudah amalan lembu tadi didunia yang fana ini. Moga rohnya ditempatkan didalam syurga. Insyaallah.



Sejenak aku memanjatkan doa kehadrat ilahi agar memanjangkan usia aku, isteri, anak anak dan ibu bapa aku dan peliharalah aku dari tipu helah syaitan yang menyesatkan dan jauhilah aku dari orang orang yang membawa kemungkaran dengan bertopengkan keimanan. Dan jika mahu diamil nyawa aku, ambillah ketika aku dalam keadaan bersih bersama wudhu dan didalam keimanan.



Amin.

Bahagian Keempat
Selesai sudah upacara penyembelihan, kerja menyiat kuling dari daging dilakukan pula. Peribahasa ada menyatakan "bagai isi dan kulit", begitulah kejadian selepas penyembelihan ini. Bagi yang tidak mahir, sudah tentu akan nampak cara menyiat mereka yang melebihkan daging untuk menyiat kulit.



Sebelum menyiat, sempat juga bapa mertua aku meninjau, masih ada nyawa lagi ke lembu itu. dah selamat dah kata orang tua aku tu.



Kalau dikampung aku, lembu akan digantung dan diitarik mengunakan winci untuk memudahkan kerja menyiat ini, tapi disini kaki lembu dikangkangkan. Dan sepatutnya, mengikut apa yang aku pelajari di pusat penyembelihan islam, johor bahru, permulaan menyiat sepatutnya dimulakan dari pergelangan kaki. Masa ni ade otai dah mula terpekik dari dapur dah..."siat dari kaki, dari kaki" katanya.



Dah siat dari kaki, tapi bermula dari lutut. Otai tadi tak terkata apa dah, dia hanya boleh berkata..."dah potong, teruskan jelah".



Dari kaki terus ke perut.











Setelah bergotong royong menyiat kulit dari isinya, akhirnya berakhir episod menyiat. yang tinggal hanya bahagian ekor. ade susah sikit masa ni. Sambil menembak aku menyarankan supaya mengunakan kapak kepada abang abang yang sedang bekerja. Saranan aku disambut dan akhirnya berjaya memidahkan kulit dan ekor dari badannya.







Bahagian Kelima

Kerja memotong bahagian bahagian untuk dilapah pun dimulakan. Keempat bahagian kaki dipotong dan dibawa ke bahagian melapah.





Suasana meriah ketika melihat abang abang menangkat bahagian utk dilapah. Majlis gotong royong nampak meriah diselang selikan dengan hilai tawa dan gurau ahli majlis.





Habis bahagian kaki, upacara memburaikan isi perut bermula.





Bahagian Keenam

Sementara isi perut sedang diburaikan, bahagian yang telah dipotong hendaklah dilapah.





Daging yang sudah dilapah dan tinggal tulang akan dibawa ke bengkel potong tulang.







daging daging pula dibahagi utk diserahkan kepada penduduk secara adil timbangannya.









Bahagian ketujuh


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net